Pembinaan Asrama 1 telah dimulakan

Assalamualaikum
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pewakaf pewakaf yang dihormati semoga tuan puan akan diberkati dan dimurahkan rezeki.

Masjid kompleks telah pun berjaya disiapkan dan kita telah mulakan pembinaan asrama pertama semoga ianya dapat disiapkan dengan cepat berkat belian wakaf dari pihak tuan puan dan kita sentiasa mengharapkan sedekah wakaf yang berterusan dari pihak tuan puan agar kompleks ini akan dapat disiapkan sepenuhnya.

Tuan puan boleh lah melihat perkembangan melalui berita terkini dan kita akan sentiasa melapurkan perkembangan dari masa ke semasa.melalui www.wakaf.org.my atau http://www.iam.org.my.

Semoga sasaran jualan wakaf sebanyak 1000 kaki dapat dicapai dalam bulan Ramadhan ini

Akhir kata kami doakan akan tuan puan sentiasa diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki.