Terkini 21/11/18

Assalamualaikum

Salam Hormat kepada semua pewakaf pewakaf Kompleks Anak Yatim dan Miskin IAM. Semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

Untuk pengetahuan anda semua kompleks ini akan menerima kumpulan pertama iaitu terdiri dari pelajar lelaki pada awal tahun depan sebenarnya kita menerima banyak permohonan supaya kompleks menerima anak anak yatim secepat mungkin tetapi kekangan wang menjadi masalah kepada pihak IAM.

Walau bagaimana pun kita telah berjaya menyiapkan masjid dan bangunan asrama lelaki dan untuk kali ini kita amat memerlukan belian wakaf untuk menyiapkan dewan makan seberapa segera yang boleh.

Kemudian kita akan teruskan dengan belian wakaf untuk asrama perempuan.

Disini pihak IAM amatlah berharap tuan puan dapat membantu agar dewan makan dan asrama perempuan dapat disiapkan .

Semoga Allah memberkati tuan puan semua dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin