1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
  • Waqf Lil-Hayah
Waqf Lil-Hayah

Waqf Lil-Hayah

Previous
Next

Al Waqf Lil-Hayah

 

Program ‘Al Waqf Lil Hayah’ atau Pelaburan Sepanjang Hayat ini merupakan satu program unik berteraskan syariah  yang di wujudkan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) bagi mengumpul dana untuk membiayai pembinaan Kompleks Anak-Anak Yatim dan Miskin Islamic Aid Malaysia yang berlokasi di Mukim Temin, Kubang Pasu, Kedah.

 

Projek kebajikan Al-Waqf Lil Hayah ( Endowment for Life ) ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam bagi mengamalkan ibadah berwakaf. Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampirkan diri kepada Allah (taqarrubilallah) menerusi harta kekayaan yang diwakafkan untuk tujuan kebajikan.  Al-Waqf Lil Hayah merupakan satu program amal “wakaf khas” yang ditawarkan oleh Islamic Aid Malaysia dengan nilai RM50 sekaki persegi untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan hartanah tersebut kepada Islamic Aid Malaysia dengan  tujuan manfaatnya diberikan kepada anak-anak yatim dan miskin melalui pembinaan kompleks kediaman dan asrama anak-anak yatim dan miskin di negeri Kedah.

Program ini terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertainya. Melalui program ini, orang ramai boleh berwakaf untuk diri sendiri, ahli keluarga, saudara mara atau untuk individu yang telah meninggal dunia.

Salah satu keistimewaan projek wakaf anjuran Islamic Aid Malaysia dengan nama Al Waqf Lil Hayah ini adalah pewakaf boleh membeli wakaf secara “online” melalui laman sesawang di www.wakaf.org.my pada bila-bila masa sahaja, memeriksa jumlah wakaf yang mereka milki serta menambah belian wakaf secara “ online” walau di mana juga mereka berada.

Justeru itu rebutlah peluang keemasan ini untuk kita bersama-sama mengumpul bekalan dan saham akhirat melalui  program Al Waqf Lilhayah  yang mudah ini. Bersamalah kita Mencurah Kasih  dan Menyinari Harapan mereka melalui program Al Waqf Lil Hayah anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM).

Video TV Al-Hijrah

Semakan Wakaf Status wakaf terkini

Untuk membuat semakan belian wakaf, sila masukkan No Kad Pengenalan anda di bawah

Contoh : 999999999999

 

 

We have 3 guests and no members online

Senarai Pewakaf Terkini ( Turutan nama akan sentiasa berubah mengikut jumlah wakaf tertinggi)

Kaedah Pembayaran Melalui CIMB Clicks No Akaun Bank (1247 0000 477108)

1.'Log in' akaun anda di laman web CIMBclicks
2.Sila klik 'Pay Bills'
3.Sila klik 'Zakat/Charities' 
4.Di bahagian 'Sellect a Biller ' sila pilih 'Islamic Aid Malaysia-IAM'
5.Isikan maklumat anda di ‘Bill Identification’
6.Sahkan pembayaran

Kaedah Pembayaran Melalui MAYBANK2U No Akaun Bank (5640 7000 2424)

1.'Log in' akaun anda di laman web Maybank2u.com 
2.Sila Klik ‘Bill Payment’
3.Sila Klik ‘Make a one-off payment’
4.Sila Pilih Kategori ’Zakat & Charity’ & pilih Islamic Aid Malaysia (IAM)
5.Isikan maklumat serta Contact No anda & pilih ‘Orphans Appeal’
6.Sahkan pembayaran

Kaedah Pembayaran Secara ‘OFFLINE’ Melalui Kaunter Bank , Mesin ATM Dll

Untuk belian wakaf secara ‘offline’  atau di luar talian, sila muat turun borang sumbangan wakaf dan hantarkan sumbangan anda bersama bukti pembayaran ke pejabat Islamic Aid Malaysia (IAM).

 

Sila klik DISINI untuk belian wakaf secara ‘OFFLINE’