1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

PENASIHAT WAKAF & WASIAT

USTAZ GHAZALI BIN IBRAHIM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memulakan pengajian asas di Sek. Keb. Bukit Naga, Klang, Selangor dan juga Sek. Agama Rakyat, Bukit Naga, Klang, Selangor. Iaitu dari Darjah Satu hingga Darjah Enam. Pada tahun 1984 menyambung pengajian di Sek. Men. Agama Hishamuddin, Klang (peringkat menengah). Pada tahun 1987 hingga 1989, berpeluang mendalami bidang Ijazah Syariah di Universiti Saddam For Islamic Studies, Baghdad, Iraq pada tahun 1992 hingga tahun 1998. Sepanjang tempoh berada di Baghdad, beliau sempat mengaji sistem Al Quran & Tahfiz di Karachi, Pakistan.

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau  mendalami pengajian Bahasa Arab di Kaherah, Mesir. Seterusnya  menyambung pengajian ke peringkat Talaqi Sheikh dengan beberapa orang Ulamak Baghdad. Sekitar tahun 1992 hingga 1998. Memulakan kerjaya  di Pusat Zakat Selangor (MAIS) iaitu sejak tahun 1999 hingga 2004. Sekarang ini dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor (LZS). Antara jawatan yang pernah diamanahkan kepada beliau  ialah Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan Syarie dan Eksekutif Dakwah & Latihan.

Sekitar tahun 2005 beliau mendalami ilmu motivasi dengan beberapa buah syarikat. Antaranya ialah Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Sekitar tahun 2006 beliau  mendalami ilmu faraidh & runding-pusaka dengan beberapa syarikat. Antaranya ialah Tetuan Jamilah Radzi & Co. Biasa muncul di kaca TV dalam rancangan Inspirasi Pagi (RTM1), Simfoni Alam (RTM1) dan pernah beberapa kali muncul dalam rancangan Al Kulliyyah (TV3), Al Hidayah (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Tanyalah Ustaz (TV9) dan Astro Oasis dalam rancangan Khabar Haji & Liga Ilmu.

Juga di Radio Tiga Selangor dan IKIM.FM. Sehingga kini aktif memenuhi jemputan ceramah dan motivasi di dewan orang ramai, pejabat, universiti, sekolah, masjid dan surau. Telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan TH Travel & Services Sdn Bhd (Anak syarikat Lembaga Tabung Haji) menjadi Perunding Motivasi untuk jemaah haji pakej TH Travel & Services Sdn Bhd, selama tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2007, 2008 dan 2009. (Musim haji tahun 1428H / 1429H dan 1430H).

Sehingga hujung tahun 2009, beliau telah menulis serta menerbitkan beberapa buah buku. Antaranya Kenapa Mesti Merancang Pusaka, RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut, Memberi Tanpa Diminta Itulah Falsafah Zakat dan Kembara Hati Di Tanah Suci. Menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama TIJARAH NETWORK. Terbaru beliau telah merakamkan suara untuk lagu 'Keharmonian Hari Raya bersama kumpulan Doul'terbitan eEramaTv.com.

Pembinaan Terkini

photo205145750390286348.jpg

Semakan Wakaf Status wakaf terkini

Untuk membuat semakan belian wakaf, sila masukkan No Kad Pengenalan anda di bawah

Contoh : 999999999999