Al-Waqf Lil Hayah merupakan satu program amal “wakaf khas” yang ditawarkan oleh Islamic Aid Malaysia dengan nilai RM50 sekaki persegi untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan hartanah tersebut kepada Islamic Aid Malaysia dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada anak-anak yatim dan miskin melalui pembinaan kompleks kediaman dan asrama anak-anak yatim dan miskin di negeri Kedah.
Objektif “Al -Waqf Lil Hayah”
Projek kebajikan Al-Waqf Lil Hayah ( Endowment for Life ) ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan umat islam bagi mengamalkan ibadah berwakaf. Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrubilallah) menerusi harta kekayaan yang diwakafkan untuk tujuan kebajikan.
Projek Al-Waqf Lil Hayah ini dilancarkan oleh Islamic Aid Malaysia berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullulah S.A.W. yang bermaksud :-
1. “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (HARTA YANG DI WAKAFKAN), ILMU YANG DI MANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”
(Hadis Riwayat Muslim )
2. Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:
“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Dengan adanya program Al-Waqf Lil Hayah, berwakaf tidak hanya dikhususkan untuk individu tertentu yang mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja, malahan sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah wakaf dengan nilai serendah RM50 bagi memiliki satu kaki persegi hartanah wakaf melalui projek kebajikan Al -Waqf Lil Hayah anjuran Islamic Aid Malaysia.
Antara Kelebihan Al- Waqf Lil Hayah anjuran Islamic Aid Malaysia